Pemain kebangsaan England, Raheem Sterling, diketepikan dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024/25 menentang juara bertahan, Manchester City, di Stamford Bridge, semalam.

Menurut ketua jurulatih, Enzo Maresca, dia sememangnya memahukan pemain berusia 29 tahun itu kekal bersama The Blues namun, terpaksa mengakui bahawa Chelsea harus mengurangkan jumlah pemain dalam skuad utama.

Demikian perkara tersebut, wakil kepada bekas pemain Manchester City itu menuntut penjelasan kukuh selepas tidak disenaraikan dalam perlawanan bersama Trevoh Chalobah, Romelu Lukaku dan Conor Gallagher.


Bercakap mengenai tindakan berkenaan, pengendali kelahiran Itali itu berkata: "Ia adalah keputusan teknikal dan tidak lebih daripada itu.

"Saya perlukan Sterling tetapi saya juga mesti memberi peluang kepada 30 lagi pemain dan mengakui tiada ruang buat semua orang jadi, sesetengah daripada skuad ini harus pergi," tambahnya.