Liga Perdana Inggeris (EPL) akan kembali membuka tirai hujung minggu ini.

10 perlawanan akan berlangsung hujung minggu ini dengan tumpuan terarah kepada juara bertahan, Manchester City, yang akan bertandang ke laman pasukan gergasi London, Chelsea.

Ini dua bintang pertemuan itu untuk diberikan tumpuan:


Tonggak Chelsea, Cole Palmer, memiliki kempen memberangsangkan dalam Euro 2024 bersama England, di mana dia mendaftarkan satu gol dan satu bantuan jaringan walaupun kerap diberikan peranan sebagai pemain gantian. Impak terbesar yang dibawanya adalah ketika menjaringkan gol penyamaan untuk England mengikat Sepanyol dalam aksi final.

Rodri, jeneral tengah City, terbukti dominan di bahagian itu sepanjang beberapa tahun ini. Berikut merupakan statistik yang mungkin mengejutkan ramai, iaitu Rodri mempunyai rekod tanpa kalah 74 perlawanan bersama City dan telah mengatasi Paolo Maldini, yang mencatat rekod tanpa kalah 73 perlawanan bersama AC Milan dari 26 Mei 1991 hingga 7 Mac 1993.

Persoalannya, adakah Palmer akan muncul sebagai bintang baru atau Rodri akan kekal sebagai tumpuan dalam pertembungan dua pasukan gergasi itu nanti? Kongsikan pandangan anda di sini!