Jepun 1-0 Korea Selatan

Dominasi Jepun selaku kuasa besar di Kejohanan Bola Sepak Universiti Asia AUFT ternyata sukar digugat apabila negara matahari terbit itu mengesahkan kejuaraan AUFT 2024 selepas menewaskan Korea Selatan 1-0.


Dalam aksi final yang berlangsung pada Sabtu di Stadium UKM Bangi itu, Jepun dan Korea Selatan mempamerkan corak permainan menarik menerusi aksi saling berbalas serangan.




Tonggak penyerang, Hiroki Maezawa muncul wira Jepun apabila ledakannya pada minit ke-33 perlawanan sudah cukup untuk menjadi jurang pemisah buat kedua-dua pasukan.

Jepun sewajarnya berterima kasih kepada penjaga gol utama mereka, Sosuke Tamura yang kebal menafikan serangan bertali arus Korea Selatan terutamanya pada aksi separuh masa kedua.

Untuk rekod, ini merupakan gelaran kejuaraan keenam berturut-turut jepun sejak AUFT diperkenalkan pada tahun 2016.

"Kami datang untuk menang, jadi kami gembira dengan keputusan yang kami mahukan ini. Kami sedar dalam separuh masa kedua serangan berbahaya maka kami terapkan corak bertahan." kata jurulatih Jepun.