Pasukan bola tampar kebangsaan Jepun sekali lagi terkandas dalam pusingan suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024, selepas tewas kepada pasukan ranking kedua dunia, Itali, di Paris Expo Porte de Versailles.

Meskipun mendahului terlebih dahulu dengan kelebihan 2-0, Itali mempamerkan persembahan sensasi untuk melakar kebangkitan dalam set ketiga untuk merapatkan jurang dan mengheret perlawanan dalam set keempat.

Ryujin Nippon terus dihimpit dengan tekanan tinggi apabila Itali menyamakan mata 2-2 yang seterusnya membawa kepada set penentuan sebelum dikalahkan oleh pasukan gergasi dunia itu melangkah ke perlawanan separuh akhir.


Secara keseluruhan Jepun gagal mara ke pusingan seterusnya yang menyaksikan mereka mengulangi keputusan di edisi lalu, Tokyo 2021.