Yaya Toure akan meninggalkan peranannya di Akademi Tottenham untuk mengambil alih jawatan penolong jurulatih di Standard Liege.

Bekas pemain tengah Manchester City itu memikul amanah melatih pasukan B-16 Spurs musim lalu.

Dia pernah memegang jawatan dalam pasukan Olimpik Ukraine di Donetsk selain kelab Russia, Akhmat Grozny, selepas meninggalkan City pada 2018 dan menamatkan karier selepas berkelana ke Greece serta China.

Toure, 40, menulis di Twitter: “Saya gembira untuk berkongsi berita bahawa saya akan memegang peranan sebagai penolong jurulatih di Standard de Liege.

“Ia satu penghormatan untuk menyertai kelab ini dan saya tidak sabar-sabar lagi untuk bekerja dengan pengurus, Carl Hoefkens.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di Akademi Tottenham Hotspur atas sokongan mereka selama 18 bulan saya bersama kelab itu, khususnya Dean Rastrick, Chris Powell dan semua pemain muda. Terima kasih."