Ange Postecoglou mempertahankan pasukan Tottenham yang 'kepenatan' selepas ditewaskan Brighton awal pagi tadi.

Joao Pedro meledak dua gol sementara Jack Hinshelwood dan Pervis Estupinan menemui jalan untuk memastikan kemenangan 4-2 buat skuad kendalian Roberto De Zerbi.

Sementara Alejo Veliz dan Ben Davies menjaringkan pada 10 minit terakhir, Spurs gagal menterjemahkan permainan terbaik dan mengalami kekalahan kelima saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kedua-dua kelab berdepan masalah kecederaan sejak beberapa bulan yang lalu, dengan Brighton tanpa khidmat lapan pemain untuk perlawanan ini dan Tottenham pula sembilan, di mana Postecoglou mengambil pendekatan yang berbeza untuk memberikan ulasan berdasarkan persembahan pasukannya.

Postecoglou berkata, “Sepatutnya kami kelihatan agak letih dan kurang ketajaman seperti biasa, terutamanya pada permulaan permainan. Kami telah memulakan permainan dengan baik.

“Saya rasa itu boleh difahami, kami sudah lama melewati jadual padat dan meminta pemain untuk beraksi pada tahap terbaik. Ia telah menjejaskan prestasi pemain dan hari ini kami kelihatan seperti pasukan yang tidak berada pada tahap yang terbaik.

“Brighton adalah pasukan yang baik dan mereka mengambil kesempatan itu."

Undi Best of 2023 di sini! #Bestof2023