Terengganu memperoleh kemenangan 2-0 di Stadium Paroi ketika bertemu Negeri Sembilan dalam aksi suku akhir pertama Unifi Piala Malaysia, sebentar tadi.

Skuad Peteh menurunkan kesebelasan terbaik berkunjung ke Paroi dalam misi membawa kelebihan dalam aksi pertama.

Kapten Terengganu, Safawi Rasid, menembusi gawang pada minit ke-20 selepas melakukan gerakan yang cukup kemas sebelum mengatasi penjaga gol, Aqil Razak.

Skuad Jang berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan sejurus perlawanan bersambung.

Bagaimanapun, corak permainan yang cukup ampuh yang diketuai oleh Shahrul Nizam berjaya menyelamatkan keadaan.



Nelson Bonilla menggandakan kedudukan 2-0 buat Terengganu pada minit ke-86 selepas memanfaatkan kad merah Negeri Sembilan akibat Aliyu Abubakar diperintah keluar padang.

Tambahan masa 5 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Sebagai rekod, Sang Rusa masih lagi belum mengutip sebarang kemenangan di laman sendiri sejak Mei lalu.

Aksi suku akhir kedua Piala Malaysia bakal berlangsung pada 21 Disember 2024 di Gong Badak.