Bekas pemain Everton, Li Tie, dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun kerana didapati bersalah memberi dan menerima rasuah antara 2015 sehingga 2021.

Sebelum ini, kerajaan China mempergiat usaha untuk menghentikan rasuah dalam bola sepak negara apabila lebih 100 pegawai Persatuan Bolasepak China (CFA) disiasat dan ada yang sudah didakwa atas pertuduhan tersebut.

Bekas tonggak Sheffield United itu juga merupakan seorang pemain bola sepak paling terkenal yang berasal dari China dan mewakili negaranya sebanyak 92 kali, termasuk satu-satunya penampilan mereka dalam Piala Dunia 2002.



Dia kemudiannya dilantik selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan Tembok Besar China itu, namun menggunakan pendekatan pilih kasih terhadap tatkala kerap memilih pemain khusus sebagai pertukaran kepada rasuah untuknya.

Pemain berusia 47 tahun itu mengaku mengatur rasuah untuk mendapatkan jawatan itu dan Li turut dituduh mengatur perlawanan ketika menjadi pengurus kelab di China, melatih Hebei China Fortune dan Wuhan Zall.

Dia mengaku bersalah atas penglibatannya dalam rasuah dan mengatur perlawanan.

Bekas presiden CFA, Chen Xuyuan, ditahan seumur hidup tatkala menerima rasuah sewaktu mentadbir badan induk itu ketika 2019 hingga 2023.