Bekas kapten Ukraine, Anatoliy Tymoshchuk, digantung seumur hidup daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak di negaranya disebabkan berdiam diri mengenai pencerobohan Russia dan meneruskan hubungannya dengan kelab Russia, Zenit.
Persatuan Bolasepak Ukraine (UAF) turut melucutkan lesen kejurulatihan Tymoshchuk dan tidak meniktiraf segala pencapaian dan sumbangannya buat pasukan kebangsaan negara itu, termasuk trofi dan 144 penampilan antarabangsa.
Cadangan mengenai keputusan itu telah diumumkan awal minggu ini melalui Jawatankuasa Fair Play UAF, yang menuduh Tymoshchuk melakukan "keputusan yang disedarinya" akan "mencalarkan imej bola sepak Ukraine".
Tymoshchuk, 42, merupakan pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Bayern Munich pada 2013 dan di antara dua tempoh empat tahunnya di Jerman, dia pernah beraksi selama semusim di Zenit sebelum kembali menyertai kelab Liga Perdana Russia itu sebagai jurulatih pada 2016.
Penyiasat Etika UAF berkata, dengan terus bekerja di Zenit -- yang dimiliki dan ditaja oleh syarikat tenaga yang dikawal kerajaan, Gazprom -- pada ketika tentera Russia sedang menyerang dan menceroboh Ukraine, Tymoshchuk telah melanggar kod etika dan fair play persatuan itu.
Jawatankuasa itu berkata dalam satu kenyataan di laman web rasmi UAF: "Sejak permulaan serangan tentera Russia ke atas Ukraine, Tymoshchuk, bekas kapten pasukan kebangsaan Ukraine, tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan umum mengenai perkara itu atau berhenti berkerjasama dengan kelab dari negara ganas itu.
"Dengan melakukan keputusan yang disedarinya ini, Tymoshchuk telah mencalarkan imej bola sepak Ukraine."
Muzaffar Musa
Sat Mar 12 2022
Selangor KUSEL Asia Challenge 2024: Balistier Khalsa, DPMM sekadar raih keputusan seri
Balistier Khalsa 3 DPMM 3
Ifedayo masih relevan
Bekas penyerang Selangor dan Melaka United, Ifedayo Olusegun, mengakui bahawa usia bukanlah penghalang untuknya menjadi penyerang berbisa pada saingan Liga kali ini.
Pramusim: Sabah anjur SMJ Cup 2024
Pasukan dari Borneo, Sabah turut tidak melepaskan peluang bagi membuat persiapan menjelang aksi Liga Super yang bakal berlangsung Mei depan.
redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M: Clayton cukupkan kuota import Perak
Berbaki kurang dua minggu sebelum sepak mula Liga Super, jendela perpindahan pemain dilihat semakin menarik apabila hampir semua pasukan berlumba-lumba menandatangani penyerang prolifik untuk memantapkan jentera serangan masing-masing.
Pramusim: PDRM, KL City sama hebat
PDRM gagal meraih kemenangan meskipun mendahului dengan dua gol ketika menentang Kuala Lumpur City (KL City), dalam perlawanan pramusim di Stadium Selayang sebentar tadi.
Battle Of The Reds: Lagenda Liverpool masih bertenaga
Perlawanan Battle Of The Reds menyaksikan legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada Lagenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
SAC 2024: Young Elephants tekad bangkit berdepan Selangor
Pengendali Young Elephants FC, Phoutpasong Sengdalavong, mengambil pendekatan realistik untuk bangkit dalam perlawanan kedua menentang pasukan tuan rumah, Selangor, pada ahad.
Pramusim: Perak raih kemenangan tipis atasi Kedah
Perak meraih kemenangan tipis 1-0 menentang Kedah Darul Aman dalam perlawanan pramusim di Ipoh sebentar tadi.
PDRM tekad janjikan saingan hebat -- Amir Saiful
Pertahanan pasuka PDRM, Amir Saiful Badeli, tidak gentar untuk berdepan pasukan Kuala Lumpur City (KL City), walaupun mereka mempunyai nama-nama hebat termasuk pemain kebangsaan, Brendan Gan.
Info siaran redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M: PDRM, Perak sedia gempur Liga Super
Segmen khas redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M bakal disiarkan secara langsung dalam Nadi Weekend malam ini jam 11.30 malam dengan fokus kepada PDRM dan Perak, yang bakal menandatangani penggempur baru bagi menghadapi saingan Liga Super, bulan depan.
Kane gunning for Lewandowski's single-season Bundesliga goal record
Harry Kane needs six goals in three Bundesliga games to match Robert Lewandowski's record haul of 41 goals from 2020-21.
Pochettino says VAR 'damaging' English football as Chelsea denied Villa win
Pochettino: VAR 'damaging' the game
'One-game series' for LeBron as Lakers secure lifeline with Nuggets win
The Denver Nuggets missed the chance to sweep the Los Angeles Lakers on Saturday and hold a 3-1 lead ahead of Game 5 on Monday.
New England Revolution 1-4 Inter Miami: Messi at the double as Herons run riot
Lionel Messi maintained his fine start to the MLS season on Saturday, moving to nine goals for 2024 with a brace in a dominant Miami win.
Uber Cup: Malaysia beaten 4-1 in opening match
Malaysia lost 4-1 to Chinese Taipei in their Uber Cup opening Group B match, a defeat which makes their road to the quarter-finals a challenging one.
NBA: Lakers avoid sweep to Nuggets; Celtics take 2-1 lead on Heat and Thunder go up 3-0
Faced with elimination, the Lakers got big performances from LeBron James and Anthony Davis to beat the Nuggets in Game 4
Atletico Madrid 3-1 Athletic Bilbao: Hosts close in on top-four finish
Atletico Madrid 3-1 Athletic Bilbao
Hull City 3-3 Ipswich Town: Tigers fight back three times to deny Tractor Boys
Report: Hull City 3-3 Ipswich Town
Chelsea and Hayes fall short again in the Champions League
Chelsea and Hayes fall short again
Paris Saint-Germain 3-3 Le Havre: Ramos rescues point but title confirmation must wait
Paris Saint-Germain 3-3 Le Havre