Pasukan dari Borneo, Sabah turut tidak melepaskan peluang bagi membuat persiapan menjelang aksi Liga Super yang bakal berlangsung Mei depan.

Berbaki kurang dua minggu lagi, skuad The Rhinos akan mengadakan kejohanan pramusim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup 2024), bermula 29 April hingga 5 Mei bagi menguji kekuatan pasukan sebelum saingan liga berlangsung.

Kejohanan ini akan menampilkan pasukan dari Sabah, Kuching City, Kuala Lumpur City (KL City), dan satu-satunya wakil dari Singapura iaitu Hougang United.


SMJ Cup akan membuka tirainya pada 29 April dengan perlawanan pertama KL City menentang Kuching City pada jam 4.00 petang disusuli dengan perlawanan Sabah menentang Hougang United pada jam 9.00 malam.

Selepas itu, pada satu Mei pula menyaksikan Kuching City FC menentang Hougang United pada jam 4.00 petang dan Sabah menentang KL City pada jam 9.00 malam.

Manakala aksi pada 3 Mei pula menyaksikan Hougang United FC menentang KL City FC pada jam 4.00 petang. Sementara Sabah menentang Kuching City pada jam 9.00 malam hari yang sama.


Penentuan juara dan tempat ketiga kejohanan bakal berlangsung pada 5 Mei ini. Kesemua perlawanan bakal berlangsung di Stadium Likas.