Pengendali Young Elephants FC, Phoutpasong Sengdalavong, mengambil pendekatan realistik untuk bangkit dalam perlawanan kedua menentang pasukan tuan rumah, Selangor, pada ahad.

Bekas penjaga gawang Laos itu menjangkakan pasukannya akan mengalami kesukaran untuk mengatasi The Red Giants setelah tewas 0-1 pada aksi pertama berdepan Balestier Khalsa FC.

"Perlawanan kedua menentang Selangor akan menjadi perlawanan yang sangat sukar buat kami kerana Selangor merupakan antara pasukan terhebat di Malaysia.

"Kami juga perlu buat sehabis baik dan akan memberikan saingan yang sengit walaupun bermain di hadapan penyokong lawan," katanya.