Balistier Khalsa 3 DPMM 3

Wakil Singapura, Balistier Khalsa terpaksa berpuas hati apabila sekadar meraih keputusan seri bertemu wakil dari Brunei DPMM di Stadium Petaling Jaya, sebentar tadi.

Berdasarkan format SAC 2024, kedua-dua pasukan itu meraih empat mata hasil keputusan seri dan tambahan tiga mata hasil jaringan yang dihasilkan.

Masahiro Sugito, terlebih dahulu membuka tirai jaringan buat pasukan Balistier Khalsa, apabila mudah melakukan kuisan memperdayakan penjaga gol DPMM pada minit kelima.

Balistier Khalsa meneruskan rentak kecemerlangan untuk mendahului 2-0 hasil jaringan daripada Kodai Tanaka pada minit ke-18.

DPMM gagal merapatkan jurang perlawanan selepas sepakan penalti daripada penyerang, Farshad Noor, melambung tinggi melepasi palang gawan Balistier Khalsa.

Walaupun ketinggalan dengan dua jaringan, ia tidak merencatkan perancangan DPMM apabila mereka berjaya menemui jalan untuk menyamakan kedudukan menerusi Hakeme Yazed.

Penyerang itu membuka jaringan pada minit ke-28 sebelum menggadakan jaringan peribadinya tujuh minit kemudian.

Sebelum tamat separuh masa pertama, kelab yang berpangkalan dari Brunei itu berjaya mendahului dengan hasil jaringan daripada ketua pasukan Azwan Ali.

Ketua pasukan Balistier Khalsa, kembali menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke-64 untuk mengikat perlawanan sehingga wisel penamat.