INTER 1 PORTO 0

Sosok penyerang Inter, Romelu Lukaku, kelihatan lebih baik berbanding sebelum ini, menurut bekas penolong jurulatih Belgium, Thierry Henry.


Lukaku dibawa masuk dari bangku simpanan pada minit ke-58 ketika menentang Porto, awal pagi tadi, sebelum meledak gol tunggal dalam perlawanan pertama peringkat 16 Liga Juara-Juara (UCL) itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inter, Beppe Marotta, pernah mempersoalkan kecergasan Lukaku apabila dia memberitahu Sky Sport bahawa penyerang itu perlu dalam bentuk fizikal yang sempurna untuk memberikan sumbangan.

Tetapi Lukaku, yang dipinjamkan ke Inter daripada Chelsea, memberi tindak balas yang sempurna apabila dia menyudahkan peluang dari jarak dekat selepas tandukan awalnya pada minit ke-86 terkena tiang.



"Saya sangat gembira bagi pihak Rom," kata Henry di CBS Sports.

“Dia kelihatan lebih cergas, dia kelihatan lebih langsing, dia menginginkannya.

"Saya rasa dia kecewa kerana tidak memulakan permainan. Satu-satunya jawapan yang dia boleh berikan adalah di atas padang dan dia melakukannya.

"Ia satu tandukan yang hebat. Bola menerjah gawang, ia merupakan satu hantaran silang yang menarik, itulah yang anda perlu lakukan.

"Anda diturunkan dan cuba memberi impak bagi memastikan anda meletakkan jurulatih dalam dilema -- 'adakah lain kali saya akan berada dalam kesebelasan utama?"