Muzaffar Musa
Thu Apr 13 2023
Pengurus sementara Chelsea, Frank Lampard, percaya mereka mampu menterbalikkan defisit 0-2 di belakang Real Madrid dalam suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stamford Bridge minggu depan.
The Blues tewas 0-2 kepada Madrid dalam aksi pertama di Santiago Bernabeu awal pagi tadi, di mana mereka terpaksa menamatkan perlawanan itu dengan 10 pemain selepas Ben Chilwell dibuang padang.
Jaringan Karim Benzema dan Marco Asensio menyaksikan pasukan lawan bimbingan Carlo Ancelotti itu akan membawa kelebihan selesa menjelang aksi timbal balik di London minggu depan.
Bagaimanapun, Lampard yakin pasukannya memiliki apa yang diperlukan untuk mengubah nasib mereka dengan berkata mereka hanya memerlukan keyakinan diri terhadap kemampuan untuk melakukannya.
"Saya berbangga dengan 10 pemain saya," katanya kepada BT Sport.
"Saya fikir dengan 10 pemain, mereka membuka kelemahan kami. Terdapat beberapa perkara yang bagus tetapi keputusannya adalah realiti.
"Saya memberitahu pemain (di dalam bilik persalinan) bahawa perkara istimewa boleh berlaku di Stamford Bridge.
"Mereka pasukan yang bagus tetapi kami hanya perlu percaya," katanya.
Harimau Malaya perbaiki ranking FIFA
Pasukan Harimau Malaya naik melonjak satu anak tangga untuk menduduki ranking ke-132 dunia, menurut senarai baru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), sebentar tadi.
Unifi Piala Malaysia: Hadi Fayyadh percaya kemampuan PDRM ketepikan Negeri Sembilan
Meskipun mendahului dengan agregat 2-1, PDRM tidak mahu terlalu selesa menjelang perlawanan timbal balik bertemu Negeri Sembilan dalam saingan Unifi Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam esok.
Unifi Piala Malaysia: Insya-Allah tiada tunggakan sebelum tamat liga -- Jurulatih PT Athletic
Pertembungan dua darjat antara kelab Liga A1 Semi-Pro, PT Athletic, berakhir dengan kekalahan besar berpihak kepada gergasi Liga Super Malaysia, Sabah, dengan agregat 0-7 dalam saingan Unifi Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.
Kesebelasan Utama ACL2: Ujian pertama Katsuhito pertaruh skuad terbaik bawa Selangor ke peringkat seterusnya
Yohandry Orozco kembali dalam kesebelasan utama Selangor berdepan Muangthong United selepas digantung perlawanan ekoran layangan kad merah ketika berdepan Jeonbuk Hyundai Motor, awal bulan lalu.
Kes Faisal Halim: Kelab penyokong Selangor setuju tindakan kerajaan negeri
Penyokong bola sepak Selangor mengalu-alukan langkah kerajaan negeri untuk mengheret kes yang membabitkan penyerang Selangor, Faisal Halim, yang disimbah asid Mei lalu ke mahkamah.
Risau nak tengok Piala AMEC di mana? Ini jadual perlawanan Harimau Malaya
Skuad bola sepak negara akan memulakan kempen Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) 2024 pada minggu kedua bulan depan.
'Penyokong Indonesia memang gila!'
Pemain warisan terbaru Indonesia, Kevin Diks, mendedahkan bahawa dia sangat kagum dengan semangat penyokong negara itu ketika perlawanan Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026, minggu lalu.
Kes Faisal Halim: Selangor mungkin guna undang-undang jika tiada keputusan siasatan
Selangor tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran undang-undang sekiranya siasatan kes serangan asid terhadap pemain Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim, tidak membawa sebarang keputusan.
UCL: Bellingham yakin Mbappe akan bangkit selepas gagal jaring penalti
Jude Bellingham yakin Kylian Mbappe akan bangkit dan memberikan banyak momen besar buat Real Madrid selepas penyerang itu gagal menyudahkan sepakan penalti ketika tewas 0-2 kepada Liverpool dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Anfield awal pagi tadi.
UCL: Liverpool di persada Eropah benam Real Madrid
Alexis Mac Allister dan pemain gantian, Cody Gakpo, menemui sasaran ketika Liverpool meneruskan rekod sempurna dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan menewaskan juara bertahan, Real Madrid, 2-0 di Anfield awal pagi tadi.
Swiatek accepts one-month suspension after testing positive for banned substance
Swiatek suspended in doping case
England v United States: Will Hayes enjoy a happy homecoming?
Hayes out for happy homecoming
Bashir 'not perfect' despite four-fer against New Zealand
Bashir: I'm learning on the job
Uncapped Webster called up for Australia's second India Test
Webster gets Australia call up
Ferdinand claims 'Rottweilers' Liverpool are the 'best team in Europe'
Ferdinand: Liverpool best in Europe
Maresca wants to keep Nkunku despite links to Manchester United
Maresca wants to keep Nkunku
Rodgers praises Celtic's determination to keep them on track in the Champions League
Rodgers: Celtic are still on track
Frank Lampard named new head coach of Coventry
Lampard is new Coventry boss
Rodri targets injury return before the end of the season
Rodri hopes for fast injury return
Sahin: First away win in seven for Dortmund 'feels great'
Sahin feels great after win