Selangor tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran undang-undang sekiranya siasatan kes serangan asid terhadap pemain Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim, tidak membawa sebarang keputusan.
Memetik laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri, Najwan Halimi, berkata Selangor FC telah pun melantik peguam untuk terus memantau kes berkenaan.
"Tindakan susulan berkaitan dengan kes terbabit, kita memang serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
"Tetapi, pada masa sama kita tidak tolak keperluan untuk pihak peguam dan pengurusan Selangor FC mengambil tindakan sewajarnya di peringkat lebih tinggi, sekiranya tidak ada apa-apa keputusan daripada siasatan dan hasil siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Usul Bajet Peruntukan Pembangunan 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Kenyataan Najwan itu sebagai menjawab soalan daripada Afif Bahardin (PN-Medan) yang membangkitkan mengenai langkah kerajaan negeri sekiranya kes itu berlarutan tanpa penyelesaian.
Najwan turut berharap supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor memberi tekanan kepada pihak berkuasa agar mempercepatkan laporan serta perincian hasil siasatan.
Media pada Isnin melaporkan, siasatan kes membabitkan Muhammad Faisal telah diambil alih pasukan khas Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Timbalan Speaker Kamri Kamaruddin ketika sesi DUN Selangor memaklumkan, pejabat DUN telah menerima maklum balas daripada Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berhubung usul 17 (1) Peraturan-Peraturan Tetap DUN Selangor yang dibawa oleh Abbas Salimmi Che Adzmi@azmi (PH-Seri Serdang).
Pada 22 November lepas, media melaporkan Najwan telah memberitahu bahawa kerajaan Selangor masih menunggu laporan siasatan kes tersebut.
Najwan dilapor berkata, Speaker DUN Selangor sudah menulis surat kepada pihak polis memaklumkan usul yang dipersetujui secara konsesus pada sidang DUN terdahulu Julai lalu.
Dalam surat itu, DUN Selangor meminta siasatan menyeluruh dibuat dan laporan hasil siasatan berkenaan didedahkan kepada umum.
Pada 5 Mei lalu, Faisal dilaporkan cedera selepas disimbah asid dipercayai dilakukan dua individu bermotosikal di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya kira-kira jam 5 petang.
Susulan itu, tonggak utama Selangor FC berkenaan disahkan mengalami kecederaan melecur tahap empat di beberapa bahagian tubuhnya dan menerima rawatan di hospital.
--Astro Awani
Astro Awani
Thu Nov 28 2024
Risau nak tengok Piala AMEC di mana? Ini jadual perlawanan Harimau Malaya
Skuad bola sepak negara akan memulakan kempen Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) 2024 pada minggu kedua bulan depan.
'Penyokong Indonesia memang gila!'
Pemain warisan terbaru Indonesia, Kevin Diks, mendedahkan bahawa dia sangat kagum dengan semangat penyokong negara itu ketika perlawanan Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026, minggu lalu.
Kes Faisal Halim: Selangor mungkin guna undang-undang jika tiada keputusan siasatan
Selangor tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran undang-undang sekiranya siasatan kes serangan asid terhadap pemain Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim, tidak membawa sebarang keputusan.
UCL: Bellingham yakin Mbappe akan bangkit selepas gagal jaring penalti
Jude Bellingham yakin Kylian Mbappe akan bangkit dan memberikan banyak momen besar buat Real Madrid selepas penyerang itu gagal menyudahkan sepakan penalti ketika tewas 0-2 kepada Liverpool dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Anfield awal pagi tadi.
UCL: Liverpool di persada Eropah benam Real Madrid
Alexis Mac Allister dan pemain gantian, Cody Gakpo, menemui sasaran ketika Liverpool meneruskan rekod sempurna dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan menewaskan juara bertahan, Real Madrid, 2-0 di Anfield awal pagi tadi.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Terengganu lawan Melaka
Terengganu akan melayani kunjungan Melaka bagi aksi timbal balik pusingan 16 Unifi Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan, Kuala Terengganu malam esok.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) PDRM lawan Negeri Sembilan
PDRM akan melayani kunjungan Negeri Sembilan bagi aksi timbal balik pusingan 16 Unifi Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam esok.
ACL2: Info Siaran langsung (live streaming) Selangor lawan Muangthong United
Selangor akan meneruskan kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dengan menentang Muangthong United di Stadium MBPJ, Petaling Jaya malam esok.
Piala Wanita ASEAN: Soleen Al-Zoubi akui Indonesia tampil lebih baik
Jurulatih skuad wanita Malaysia, Soleen Al Zoubi, memberi respon pasca kekalahan anak buahnya di tangan skuad wanita Indonesia dengan skor 0-1 pada dalam saingan kumpulan B Piala AFF Wanita 2024 di Vientiane, yang berlangsung pada Selasa.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Sentuhan pertama Katsuhito Kinoshi jadi tumpuan
Ikuti sesi latihan rasmi menjelang pertemuan Selangor menentang Muangthong United dalam saingan Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
Corberan ‘completely focused’ on West Brom amid Leicester links
Preview: Brentford v Leicester
Salah 'making noise' over Liverpool future for financial benefit, claims Bale
Bale: Salah 'noise' for money
Motta lauds 'compact' Juventus in Aston Villa stalemate
Motta pleased with point at Villa
Bellingham confident Mbappe will bounce back after Liverpool penalty miss
Bellingham backs Mbappe to respond
Watkins bemoans 'soft' decision as Villa foiled by late VAR review
Watkins: Rogers' goal decision soft
Slot in dreamland as Liverpool remain perfect with Madrid win
Slot: Liverpool ahead of prediction
Leeds move top of Championship after Luton domination
Leeds back top after Luton win
Aston Villa 0-0 Juventus: Emery's side frustrated as VAR denies Rogers late winner
Report: Aston Villa 0-0 Juventus
PSV Eindhoven 3-2 Shakhtar Donetsk: Tillman double inspires late comeback
Report: PSV 3-2 Shakhtar Donetsk
Celtic 1-1 Club Brugge: Hoops held after bizarre Carter-Vickers own-goal
Report: Celtic 1-1 Club Brugge