Pasukan Harimau Malaya naik melonjak satu anak tangga untuk menduduki ranking ke-132 dunia, menurut kemas kini yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebentar tadi.

Prestasi itu dipengaruhi selepas Pau Marti Vicente memacu skuad negara mengalahkan Laos 3-0 dan seri 1-1 dengan India dalam jendela antarabangsa minggu lalu.

Thailand kekal kuasa besar bola sepak rantau ini apabila menghuni tangga ke-97 disusuli Vietnam (116), manakala Indonesia (125).