Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, percaya kejayaan di peringkat suku akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) akan membawa nama Arsenal ke tempat yang lebih tinggi sebagaimana dia memberitahu pemainnya agar mencipta cerita yang berbeza dalam perlawanan di Allianz Arena nanti.

The Gunners memandang kehadapan dalam perlawanan kedua awal pagi esok selepas terikat 2-2 dengan Bayern Munich di bawah bimbingan Thomas Tuchel di Stadium Emirated minggu lepas.

Kekalahan kepada Aston Villa pada Ahad lalu telah menjejaskan usaha Arsenal untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kini perhatian beralih kepada UCL seketika untuk Arsenal mencipta rekod baru.




"Ia pasti sukar dipercayai. Jika kami berjaya melakukannya esok dan kami berjaya berada di separuh akhir, kami akan berada dalam keadaan yang penuh emosi dengan sesuatu yang kami sudah tidak capai dalam tempoh 15 tahun.

"Semua persiapan adalah untuk melakar kemenangan menentang Bayern esok. Kami telah memperolehnya selama 10 bulan dan semua yang kami lakukan pada musim lalu adalah untuk memulakan perjalanan kami dalam UCL selepas bertahun lamanya.

"Kami perlu mengubahnya apabila peluang datang. Terdapat banyak perkara yang boleh kami lakukan untuk menulis cerita yang berbeza esok, kami tahu itu dan ia akan bergantung pada persembahan kami yang kuat mahupun secara kolektif mahupun individu untuk melangkah ke separuh akhir.

"Kebanyakan pemain kami tidak mempunyai penggalaman untuk perlawanan besar seperti ini tetapi ini akan menjadi yang pertama dan mereka sangat bermotivasi dan bersedia untuk perlawanan esok.

"Mereka sangat yakin dan kami perlu memberikan aksi yang terbaik pada esok hari berdepan lawan yang mempunyai penggalaman. Kami mahu merealisasikannya." katanya.