Pemain Wanita Arsenal, Katie McCabe, dikhabarkan melalui laman Future Talent mempunyai mempunyai pertalian darah Ireland-Malaysia.

Perkara itu disahkan sendiri oleh abangnya iaitu Gary McCabe selepas ditanya mengenai status kewarganegaraan pemain berusia 28 tahun itu dan mengatakan: "Ya, saya separuh Chinese".




Pertalian darah itu daripada neneknya yang dilahirkan di Malaysia.

Sepanjang 21 perlawanan musim ini bersama Arsenal dalam saingan liga, Katie telah menjaringkan tiga gol dan dua bantuan jaringan.

Sebelum ini, pemain muda Arsenal, Emile Smith Rowe, mengakui memiliki susur galur Malaysia dalam darahnya apabila neneknya merupakan kelahiran Rembau, Negeri Sembilan.