Selepas diberitakan terdapat insiden 'serangan' terhadap legenda Manchester United, Roy Keane, selepas perlawanan antara Manchester United dan Arsenal pada September tahun lepas.

Keane terkejut apabila dirinya juga hadapi tuduhan menyerang peminat selepas tersebar video CCTV yang menunjukkan dia menyiku seorang peminat Arsenal ketika sedang bergelut.



Insiden yang berlaku itu dilaporkan berlaku selepas sahaja keputusan VAR yang memihak kepada Arsenal sebelum The Gunners noktahkan kemenangan 3-1 ke atas Manchester United.

Perkara itu dibicarakan di Mahkamah Majistret Highbury di mana peminat Arsenal yang terlibat, Scott Law, menolak tuduhan terhadapnya yang mengatakan dia cuba untuk menyerang Keane.

Sebaliknya, dia tekankan perkara sebaliknya berlaku di mana Keane yang cuba untuk menyerangnya dan tindakan menanduk dada bekas pemain Red Devils itu hanyalah sebagai tanda mempertahankan diri.

Namun, apabila Keane ditanya Majistret, mengapa ada tindakan menyiku dalam video, legenda Manchester United itu ada alasan tersendiri.

"Saya sedang memegang beg dengan tangan satu lagi, saya cuba untuk genggam dia (Scott Law), untuk hentikan dia berlari keluar.

"Saya rasa saya sudah sebut sembilan ke sepuluh kali untuk seseorang panggil polis, saya hanya cuba halang dia untuk lari," kata Roy Keane di Mahkamah Majistret Highbury.

Perbicaraan mahkamah masih lagi belum habis dan ia akan diteruskan lagi dengan memanggil salah seorang saksi kejadian yang juga rakan sekerja Keane, Michah Richards, untuk teruskan proses perbicaraan.