Arsenal mengesahkan ketibaan penjaga gol muda, Tommy Setford, dari ajax dengan yuran perpindahan kurang daripada £1 juta (RM6 juta).

Setford, yang merupakan pemain skuad remaja England, tiba di Stadium Emirates dengan kesepakatan empat tahun dan The Gunners memiliki pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi.

Pemain berusia 20 tahun itu telah memasuki tempoh setahun terakhir dalam kontrak asalnya bersama Ajax, di mana kelab Belanda itu memilih untuk menjualnya daripada berisiko hilang khidmat Setford secara percuma tahun depan.

Setford dijangka akan menyertai pasukan akademi kelab itu tetapi akan berlatih bersama skuad utama, bahkan dia kini akan menyertai jelajah pramusim pasukan bimbingan Mikel Arteta berkenaan di Amerika Syarikat.

Dia menjadi penjaga gol remaja kedua ditandatangani Arsenal dalam jendela perpindahan kali ini selepas turut mendatangkan Lucas Nygaard dari kelab Denmark, FC Nordsjaelland.