Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, bersedia sepenuhnya menjelang pertemuan dengan pasukan gergasi German, Bayern Munich, yang mengetepikan perjuangan mereka di Bundesliga untuk memberikan prestasi terbaik dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Juara Eropah enam kali itu telah mengharungi kempen liga domestik yang mengecewakan dan akan bertandang ke Stadium Emirated bagi perlawanan pertama mereka.

Bercakap berkenaan prestasi Bayern yang terumbang-ambing dalam saingan liga, Mikel Arteta tidak memandang rendah dengan kebolehan pasukan lawan itu dan menghormati kelab dari German itu.





"Ia sesuatu yang kami tidak akan cakap, tiada kawalan. Kami hanya mengharapkan yang terbaik sepanjang masa daripada pihak lawan.

"Menentang Bayern Munich ataupun menentang mana-mana pasukan, tidak kira di mana mereka berada anda perlu sentiasa menjangkakan bahawa mereka dalam keadaan bersedia untuk memberikan aksi yang terbaik.

"Bola sepak adalah persekitaran yang kompetitif dan sukar untuk terus konsisten dan perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

"Mereka adalah pasukan terbaik, saya amat mengagumi Thomas Tuchel dan pasukannya, cara mereka membentuk pasukan, cara bermain dan apa yang mereka akan persembahkan nanti." katanya.

Ikuti Saluran Whatsapp Astro Arena di sini