Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar perkembangan proses pemulihan padang Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang aksi final yang berlangsung Jumaat ini.

Selepas padang SNBJ telah digunakan untuk konsert berskala mega kumpulan antarabangsa terkenal, Coldplay, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) giat menjalankan proses pemulihan padang menjelang aksi final Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC.

Kredit Imej: HRHJohorII