Separuh masa pertama perlawanan minggu keenam menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mendahului Terengganu 2-0 dalam saingan Liga Super 2024/2025 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.

Jaringan skuad Harimau Selatan hadir menerusi Heberty Fernandes pada minit ke-6 sebelum Bergson da Silva menambah duka buat Terengganu pada minit ke-32 menerusi sepakan penalti.




Ubaidullah Shamsul menjadi pemain pertama dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran dalam petak penalti dan menghadiahkan JDT sepakan penalti.

Untuk rekod, JDT meraih kemenangan bersih tanpa sebarang kekalahan dalam saingan Liga Malaysia sejak September 2023.