Pendahulu Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Johor Darul Ta'zim (JDT), mengalami kekalahan sulung musim ini selepas tewas kepada Selangor dengan keputusan 2-1.

Dalam perlawanan yang berlangsung penuh debaran pada semalam, pasukan pelawat terlebih dahulu di depan hasil sentuhan bintang import baru kelahiran Brazil, Bruno Taffy, pada minit ke-34.

Perlawanan kembali seimbang selepas Gabriel Rosa menyamakan kedudukan lima minit kemudian menerusi satu ledakan cantik sebelum tonggak kebangsaan, Syahir Iqbal Khan, muncul sebagai wira buat The Red Giants mengesahkan tiga mata berharga di laman sendiri.

"Kami akan segera melupakan kekalahan pertama ini untuk memberi fokus terhadap perlawanan seterusnya bagi menjayakan misi menjuarai saingan liga," kata ketua jurulatih JDT, Juan Antonio Miguel Garcia.

"Saya mendapati bahawa pemain-pemain menunjukkan persembahan terbaik ketika separuh masa kedua malah, saya juga tidak mempercayai apa sebenarnya yang telah berlaku kerana semua pemain memberikan komitmen yang tinggi untuk meraih kemenangan," kata pengurus Selangor, Edgar Eder Baldasso.