Pada 1 April 2024 yang lalu, telah berlangsung mesyuarat 'post-mortem' di yang diadakan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan dipengerusikan oleh Datuk Seri Windsor John, Ahli Lembaga Pengarah PSM.

Tujuan utama mesyuarat tersebut ialah membincangkan tentang keadaan struktur padang selepas perlawanan skuad Harimau Malaya menentang Oman dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 baru-baru ini.

Hasilnya, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, telah mengeluarkan moratorium yang bersifat jangka pendek untuk menghalang sebarang kerja-kerja pemasangan pentas konsert diatas rumput stadium itu.

Perkara itu telah dimaklumkan kepada semua penganjur konsert sebagai langkah awal untuk melarang sebarang pembinaan struktur pentas dan menara bunyi demi memastikan kondisi rumput berada dalam keadaan optimum dan mencapai tahap yang baik.

PSM juga berjanji akan terus komited menyediakan fasiliti yang lebih sempurna pada masa akan datang.