Hatrik kekalahan jelas menimbulkan persoalan tentang kredibiliti skuad B-23 kebangsaan dalam melayari kempen Piala Asia kali ini.

Dengan hatrik tiga kekalahan berturut-turut, pengendali B-23 Kebangsaan, Juan Torres Garrido, mengakui kegagalan dirinya mempersembah aksi terbaik untuk setidak-tidaknya mara ke pusingan suku akhir.

Atas faktor tersebut juga, jurulatih berasal dari Sepanyol itu turut menzahirkan kemaafan kepada penyokong dan berazam akan pantas beraksi pada tahap terbaik.





"Kami ingin memohon maaf kepada penyokong kerana kami masih tidak capai tahap sebenar yang kami mahukan," jelas Torres Garrido.