Marcus Thuram didenda sebanyak sebulan gaji oleh Borussia Monchengaldbach selepas dilayangkan kad merah kerana meludah muka pemain Hoffenheim, Stefan Posch.
Penyerang itu diarahkan keluar padang pada 11 minit terakhir, di mana pasukannya tewas 1-2, selepas video bantuan pengadil (VAR) mengesannya meludah Posch ketika bersemuka dengan pertahanan itu.
Thuram kemudian menjelaskan bahawa dia tidak berniat melakukan perkara itu dan memohon maaf kepada Posch, Hoffenheim dan rakan sepasukannya di Gladbach dengan berkata bahawa dia sedia menerima segala padah daripada perbuatannya itu.
Kelab itu kemudian mengesahkan semalam bahawa pemain itu didenda pemotongan gaji selama sebulan yang akan didermakan bagi tujuan kebajikan dan program itu akan dikendalikan oleh pemain itu sendiri.
Gladbach juga dijangka akan mengenakan 'penggantungan dalaman' buat pemain kebangsaan Perancis itu.
Pengarah sukan, Max Eberl, berkata dalam satu kenyataan: "Saya mengadakan perbincangan panjang bersama Marcus pagi ini, di mana dia sekali lagi memohon maaf kepada saya dan kelab ini atas kelakuannya.
"Kami mengenali Marcus sudah hampir dua tahun, kami tahu latar belakang dan keluarganya. Tindakkannya semalam tidak menggambarkannya. Marcus kecewa dan meyakinkan saya bahawa dia tidak sengaja meludah Stefan Posch. Dia memberitahu saya bahawa ketika dia bersemuka dengan Posch, dia dengan tanpa niat telah terludah selepas beberapa kali bertengkar dalam bahasa Perancis disebabkan suasana panas pada ketika itu.
"Dia sedar ia tidak akan mengubah apa-apa dan akan membiarkan gambaran itu menjelaskan segala-galanya, dan tindakan mengarahkannya keluar padang adalah keputusan yang tepat.
"Saya mempercayai Marcus kerana saya mengenalinya sebagai seorang yang reflektif dengan sikap yang hebat. Dia melakukannya, tetapi dia tidak melakukannya dengan niat.
"Sebagai sebuah kelab, kami akan mendenda sejumlah wang yang setara dengan gaji sebulannya gara-gara tingkah lakunya yang menyebabkan dia dibuang padang, yang akan disumbangkan untuk tujuan yang baik. Marcus telah menerimanya dan menawarkan untuk terlibat dengan tujuan sosial itu bagi pihak dirinya.
"Malam tadi, Marcus meminta maaf kepada Stefan Posch, Hoffenheim, rakan sepasukannya, staf pelatih dan peminat Gladbach, dan saya ingin melakukannya secara eksplisit bagi pihak Borussia Monchengladbach. Marcus melakukan kesalahan besar dan telah dihukum kerananya. Dia tetap orang yang sama seperti yang kita kenali dan kami akan berdiri bersamanya," katanya.
Thuram, 23, telah menjaringkan empat gol daripada 20 penampilannya dalam kesemua kejohanan buat Gladbach musim ini.
Muzaffar Musa
Mon Dec 21 2020


Hatrik Hoppe selamatkan Schalke daripada rekod terburuk Bundesliga
Penyerang muda, Matthew Hope, menjaringkan gol hatrik gemilang bagi mengelakkan Schalke daripada merekodkan 31 perlawanan Bundesliga tanpa kemenangan.

Thuram didenda sebulan gaji kerana meludah
Marcus Thuram didenda sebanyak sebulan gaji oleh Borussia Monchengaldbach selepas dilayangkan kad merah kerana meludah muka pemain Hoffenheim, Stefan Posch.

Penyerang Gladbach mohon maaf kerana meludah
Marcus Thuram melakukan permohonan maaf selepas dilayangkan kad merah gara-gara secara tidak sengaja meludah muka Stefan Posch dalam perlawanan Bundesliga yang menyaksikan Borussia Monchengladbach tewas 1-2 kepada Hoffenheim malam tadi.

Flick puji jurulatih Hoffenheim selepas Bayern tewas besar
Ketua jurulatih Bayern Muncih, Hansi Flick, memuji rakan sejawatannya di Hoffenheim, Sebastian Hoeness, yang menjadi dalang dalam memastikan juara Bundesliga itu tewas buat kali pertama sejak Disember tahun lalu.

Burki persoal keinginan Dortmund selepas dibelasah Hoffenheim
Roman Burki mempersoalkan keinginan rakan sepasukannya selepas Borussia Dortmund diabkan dengan kekalahan 0-4 di tangan Hoffenheim dalam perlawanan terakhir Bundesliga di Signal Iduna Park malam tadi.

Kami mahu bermain bola sepak -- Bayern fokus aksi menentang Schalke
Ketua jurulatih Bayern Munich, Hansi Flick, berharap aksi di atas padang menjadi fokus utama menjelang pertemuan dengan Schalke walaupun sedar kemungkinan menghadapi protes daripada penyokong.

Bayern kritik gelagat penyokong sendiri
HOFFENHEIM 0 BAYERN 5 Hansi Flick dan Karl-Heinz Rummenigge menyeru peminat Bayern Munich yang melancarkan protes terhadap pemilik Hoffenheim, Dietmar Hopp, sebagai "bodoh" selepas kemenangan 6-0 pendahulu Bundesliga itu dibayangi oleh insiden di bangku penonton.

Nagelsmann: Kami lebih berpeluang
Pengurus Hoffenheim, Julian Nagelsmann, mempertahankan aksi anak buahnya walaupun tewas 2-1 di tangan Liverpool dalam perlawanan play-off Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di tempat sendiri.

Klopp tidak pandang rendah kemampuan Hoffenheim
Jurgen Klopp tidak akan mengambil mudah terhadap penyertaan Liverpool pada saingan Liga Juara-Juara (UCL) selepas diundi bertemu Hoffenheim dalam aksi play-off.

Nordtveit sertai Hoffenheim
Havard Nordtveit mengambil keputusan untuk menyertai kelab Bundesliga, Hoffenheim selepas meninggalkan West Ham dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan.

Fred is yet to talk to Erik ten Hag about future at Manchester United
The Brazil international has played 35 times in the Premier League this season.

Rodri insists Man City have learned from past failures in Champions League
Europe’s top competition is the only major honour the club has yet to land.

Northern Ireland’s Tom McKibbin wins first DP World Tour title after fine finish
The 20-year-old finished two shots clear at the Porsche European Open in Hamburg.

Luke McCowan signs new two-year deal with promoted Dundee
The 25-year-old midfielder joined the club from Ayr two years ago.

Russian and Belarusian players seeking UK visas for Wimbledon experience delays
Longer processing times could see stars forced to miss the tournament.

Verstappen wins Spanish GP as Hamilton and Russell make podium
The Dutchman led all 66 laps at Barcelona’s Circuit de Catalunya to register his fifth victory of the season.

Man charged after wearing shirt appearing to refer to Hillsborough disaster
James White was arrested during the FA Cup final at Wembley on Saturday.

FA ‘strongly condemns’ actions of man who wore shirt referencing Hillsborough
A Manchester United fan was seen at the FA Cup final in a shirt with the number 97 on the back and the words ‘Not Enough’.

Josh Hazlewood set to be fit for Ashes despite missing Test Championship final
The 32-year-old has been managing an Achilles issue as well as a side injury in recent months.

French Open doubles pair disqualified after Miyu Kato hits ball girl with ball
Kato and Aldila Sutjiadi were playing Marie Bouzkova and Sara Sorribes Tormo in the third round of the women’s doubles.