Ketua jurulatih Brentford, Thomas Frank percaya bahawa Kai Havertz sepatutnya dibuang padang serta-merta kerana sengaja menjatuhkan diri sebelum menjaringkan gol kemenangan menentang pasukannya.

Havertz mengakhiri perlawanan menentang Brentford dengan tandukan kemenangan pada minit ke-86 untuk meletakkan The Gunners di puncak carta Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tetapi 20 minit sebelum itu dia berdepan dengan tuduhan sengaja menjatuhkan diri selepas dicabar oleh Nathan Collins.




Penyerang German itu sepatutnya dilayangkan kad merah dan pengurus itu percaya bahawa dia wajar dibuang padang dengan serta-merta adalah satu keputusan yang tepat.

"Saya berfikir bahawa Havertz tidak sepatutnya berada di atas padang apabila dia menjaringkan gol itu.

"Bagi saya, ia adalah satu terjunan yang sengaja dengan jelas dengan laungan meminta penalti. Jika anda melihat kembali ia mungkin sukar buat pengadil tetapi penjaga garisan sepatutnya melihat perkara itu dengan jelas." Sumber daripada Sky Sports.