Pemain sayap Arsenal, Leandro Trossard, percaya prestasi 'peringkat tertinggi' diperlukan oleh pasukannya untuk menyingkirkan Bayern Munich selepas jaringannya sebelum ini menyelamatkan Arsenal dengan keputusan seri 2-2.

Dia berjaya menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki 14 minit semalam untuk memastikan The Gunners berada dalam keadaan sempurna menjelang aksi timbal balik minggu depan di Stadium Allianz Arena yang merupakan gelanggang keramat pasukan gergasi Jerman itu.




Bekas penyerang Arsenal, Serge Gnabry, dan Tottenham, Harry Kane telah berjaya mengubah perlawanan agar memihak kepada mereka selepas gol pembukaan awal Bukayo Saka.

"Mereka telah menunjukkan bagaimana mereka boleh menyakiti kami jadi kami perlu berusaha untuk itu pada minggu depan.

"Jika kami bermain di peringkat tertinggi, kami boleh mengalahkan mereka. Semoga kami dapat memperoleh keputusan yang baik di sana.

"Keyakinan kami benar-benar tinggi. Kami bermain dengan begitu baik pada setiap minggu, bulan lepas dan ia sungguh menggembirakan kami selepas berjaya dapatkan gol penyamaan tempoh hari.

"Ia adalaah matlamat yang sempurna untuk kami dan ia adalah perasaan yang hebat.

"Amat penting untuk kami pergi ke Munich dan memperoleh kemenangan, kami semua bermain untuk itu." katanya.