Kemeriahan Netball Super League (NSL) 2023, yang akan bermula bulan depan akan dapat dinikmati secara komprehensif di Sinar Harian selepas satu kolaborasi dijalin bersama Astro Arena.
Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, berkata pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan Sinar Harian, sekali gus langkah untuk lebih banyak kerjasama demi memartabatkan industri sukan di negara ini.
“Kami daripada pihak Astro amat berbangga untuk mengumumkan jalinan kerjasama dengan pihak Sinar Harian untuk memperkasakan industri sukan, terutama dalam bola jaring ini.
“Namun, kami melihat kolaborasi lebih luas bukan sahaja dalam sukan bola jaring dan turut dalam liga komersial yang lain, sekali gus menyatukan dua entiti ini dengan misi yang sama,” katanya.
Sebagai rekod, musim ketiga NSL 2023 melibatkan penyertaan KL Wildcats, Johor Jewels, Pahang Tulips, Selangor Angels, Negeri Sembilan Venoms, Perak Phoenix, Putrajaya Dynamites dan Terengganu Thunderbolts, dan akan menyingkap cabaran pada 13 Oktober hingga 5 November ini di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Dalam pada itu, Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin, berkata peluang kolaborasi berkenaan dilihat amat menarik apatah lagi bola jaring merupakan antara sukan yang popular di negara ini.
“Bola jaring adalah salah satu sukan agak popular dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama dalam komuniti setempat. Ramai juga yang minat bola jaring tetapi pendedahan itu kurang.
“Jadi, bagi kami, memang berbesar hati menerima jemputan kolaborasi ini kerana Sinar Harian boleh menjadi platform untuk meluaskan sukan ini.
“Pelbagai pengisian akan diatur bersama Astro Arena untuk memastikan kemeriahan ini akan dapat dirasai oleh peminat bola jaring,” katanya.
-- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 29 2023
‘Senang je pun bola jaring ni!’
Segelintir berasakan sukan bola jaring adalah lebih sesuai dimainkan oleh para wanita, mungkin disebabkan kelihatan macam senang dengan gerakan kaki, balingan bola ataupun peraturan yang telah pun ditetapkan.
Kandas di China, hidung retak bayaran untuk pertahan gelaran Johor Jewels
Begitulah liku-liku perjalanan yang harus saya lalui sebelum membantu pasukan Johor Jewels menjulang kejuaraan Netball Super League (NSL) 2023 buat kali kedua baru-baru ini.
Mengintai Majlis Konvokesyen Atlet Negara
Seperti jalanraya yang sesak setiap kali Majlis Konvokesyen berlangsung, begitulah meriahnya perkongsian mengenai majlis graduasi atlet di semua platform media sosial minggu ini.
NSL 2023: Johor Jewels muncul juara, lakar rekod tanpa kalah sepanjang musim
Johor Jewels menepati ramalan apabila berjaya muncul juara Netball Super League 2023 selepas menumpaskan KL Wildcats 47-43 dalam aksi penuh dramatik.
NSL: Johor Jewels hampiri impian pertahan gelaran
Jurang 10 mata sejak suku pertama menjadi bekalan Johor Jewels untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Netball Super League (NSL) 2023.
NSL 2023: Tiket aksi final habis dijual
Tiket perlawanan final Netball Super League kini telah habis dijual.
NSL: Putrajaya Dynamites ada hajat besar
Putrajaya Dynamites memasang impian besar untuk berada di pentas final menjelang aksi separuh akhir Liga Super Bola Jaring (NSL) 2023 menentang KL Wildcats di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Sabtu ini.
NSL: Saya masih dihantui rasa bersalah, kata Syen Yeoh
Hai, ini kali pertama Syen Yeoh menulis dalam ruangan rencana di sini.
NSL 2023: Selangor jadi mangsa terbaru Johor Jewels
Johor Jewels membuktikan statusnya sebagai penyandang juara apabila mengekalkan momentum positif dalam saingan Liga Super Bola Jaring (NSL) 2023.
NSL: Putrajaya Dynamites sempitkan laluan Perak Phoenix
Hasrat Perak Phoenix mengintai slot separuh ahir Netball Super League (NSL) 2023 tergugat selepas tumbang kepada Putrajaya Dynamites, sebentar tadi.
Klopp says Salah spat a 'non-story', does not expect forward to push for move
Mohamed Salah's Liverpool future has been a subject of debate this week following his public argument with Jurgen Klopp.
Arteta hoping to make more fond memories as Arsenal host Bournemouth
Arsenal go first in the Premier League title race on Saturday, hosting Bournemouth before Manchester City take on Wolves.
Guardiola says Man City must prove themselves all over again in title race
Preview: Manchester City v Wolves
Mark Clattenburg leaves consultancy role with Nottingham Forest
Mark Clattenburg leaves Forest role
Marco Reus to leave Dortmund after 12-year-spell with boyhood club
Reus to leave Borussia Dortmund
Kompany wants to write names into the Burnley history books
Burnley are within touching distance of Premier League safety, and Vincent Kompany believes his team have what it takes to stay up.
Neville: Chelsea sacking Pochettino 'would be madness'
Mauricio Pochettino remains under pressure at Chelsea, but Gary Neville insists the Blues must stick with their head coach.
Nuno unsure what to expect from relegated Sheffield United
Preview: Sheffield United v Forest
Tiger Woods given special exemption to play in U.S. Open at Pinehurst
Three-time U.S. Open winner Tiger Woods will compete in this year's tournament at Pinehurst, despite failing to qualify for the event.
Tuchel to make Bayern Munich changes for Stuttgart ahead of Real Madrid clash
Tuchel to make changes