Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan sudah tiba masa perlu ada perubahan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menerusi hantaran di aplikasi 'X' wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Khairy juga mengatakan bahawa dia tiada hasrat untuk kembali semula dalam FAM.

"Saya tidak terfikir untuk kembali dalam FAM tapi pandangan peribadi saya sudah tiba masanya perlu ada perubahan dalam FAM", kata Khairy.

Khairy sebelum ini pernah memegang jawatan selaku Timbalan Presiden FAM dari 2007 hingga 2010.

Nantikan laporan penuh dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini.