Pengurus The Gunners, Mikel Arteta, menjelaskan bahawa kelibat beberapa pemain yang mengalami kecederaan masih belum dapat ditentukan.
Bukayo Saka terpaksa meninggalkan padang dalam kekalahan England kepada Greece, manakala Gabriel Martinelli mengalami kecederaan ketika bertugas untuk Brazil.
Back to business ?
— Arsenal (@Arsenal) October 17, 2024
? Sobha Realty Training Centre pic.twitter.com/KyEpT1neAn
Arteta menekankan bahawa kecederaan Saka tidak serius sambil mengharapkan kecergasannya untuk perlawanan di selatan England.
Bagi isu Martinelli pula, Arteta berkata dia masih belum pasti tentang masalah betisnya.