Penyerang Selangor, Faisal Halim, berkongsikan rakan sepasukan kegemarannya dalam skuad The Red Giants dengan dia menyebut nama Shahrul Nazeem Zulpakar sebagai pilihan.

Ketika ditanyakan siapakah kawan baik dalam pasukan, dia menjawab: "Shahrul Nazeem! Kerana rambut dia kembang". katanya menerusi perkongsian Selangor di TikTok.

Untuk rekod, aksi berdepan Dynamic Herb Cebu merupakan tempoh paling lama Faisal beraksi buat kelab dari Lembah Klang itu sejak insiden disimbah asid dengan pemain berusia 26 tahun itu masuk pada minit ke-62 untuk membantu pasukannya melakar kemenangan tipis 1-0.






Selepas menumbangkan kelab dari Korea Selatan, Jeonbuk, dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), Selangor akan menerima kunjungan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan minggu ke-14 Liga Super 2024/2025, esok.