Menjelang pertemuan epik antara Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT) esok semestinya akan menjanjikan aksi yang menarik dengan dendam The Red Giants tewas dalam final Piala FA masih membara!

Mampukah Selangor mengubat duka yang lama mahupun JDT akan meneruskan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super Malaysia ?

Saksikan Nadi Bola Latihan Pasukan pada jam 5 petang ini di Astro Arena khas di saluran 801HD, Youtube Astro Arena atau strim secara langsung di Stadium Astro.