Perlawanan Liga Super akan berehat sebentar untuk memberi ruang kepada saingan Piala FA peringkat suku akhir pertama yang akan berlangsung Jumaat dan Sabtu ini di empat lokasi berbeza.

Pasukan Sabah mahu menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya dengan mengharapkan bekalan selesa berjaya dibawa ke Stadium Likas selepas edisi lalu tersungkur di peringkat suku akhir.

Menurut ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee, menegaskan bahawa naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu, merupakan pasukan yang konsisten susulan kehadiran pemain kebangsaan, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid.

Namun, itu bukan penghalang buat anak-anak buahnya bagi mencipta kejutan di hadapan peminat lawan sebelum melayangi kunjungan mereka di tempat sendiri.