Jenama Johor Darul Ta'zim (JDT) terus konsisten berada di kelas tersendiri apabila menduduki tangga taratas dalam sukan bola sepak, futsal dan permotoran.

Penguasaan JDT masih kekal dan berterusan dalam semua empat kategori yang jenama itu mengambil bahagian.

Setelah melengkapkan kejuaraan dalam saingan Liga Super Malaysia 10 kali berturut-turut, pasukan itu masih belum kalah dalam empat perlawanan berturut-turut saingan liga musim ini.





Dalam pada itu, JDT II juga terus mengungguli tangga teratas saingan Piala MFL manakala JDT III pula mengungguli Kumpulan A Piala Presiden.

Tambahan pula, JDT IV juga mendahului peringkat Kumpulan B di Kejohanan Piala Belia selain berada dalam kedudukan pertama Liga Premier Futsal Kebangsaan (MPFL) ketika ini.

Sejak melakukan penampilan sulung dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (AARC) musim ini, pasukan JDT Racing Team bersama pelumba, Hafizh Syahrin, mendahului kategori ASB 1000 selepas tiga pusingan perlumbaan.