Indonesia diundi berada dalam Kumpulan C dalam bersama pasukan Jepun, Australia, Saudi Arabia, Bahrain, dan China dalam pusingan ketiga Zon Asia.

Undian yang berlangsung di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur itu menyaksikan wakil sulung daripada Asia Tenggara itu sekali kali diundi bersama Jepun selepas kali terakhir adalah dalam saingan Piala Asia 2023.




Skuad Garuda itu berjaya menjadi naib juara Kumpulan F dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sekali gus layak secara rasmi ke Piala Asia nanti.

Dalam pada itu, Kumpulan A dibarisi negara Iran, Qatar, Uzbekistan, UAE, Republik Kyrgyz dan Korea Utara.

Sementara Korea Selatan, Iraq, Jordan, Oman, Palestin dan Kuwait berada dalam Kumpulan B.

Perlawanan pertama pusingan ketiga itu bakal berlangsung pada 5 September 2024 sehingga Jun 2025 dengan juara dan naib juara kumpulan akan layak secara merit ke pentas Piala Dunia 2026 yang bertempat di tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.