Albania mencipta kejutan apabila mendahului pasukan pilihan, Croatia, 1-0 menjelang separuh masa aksi kedua Kumpulan B, Euro 2024 di Hamburg ketika ini.

Qazim Laci meletakkan Albiania di depan seawal minit ke-11 dan biarpun Croatia lebih banyak menguasai permainan, mereka kelihatan buntu di depan gawang.

Seandainya kedudukan itu kekal sehingga ke wisel penamat, ia sudah pasti menambahkan tekanan buat skuad bimbingan Zlatko Dalic itu selepas dibelasah 0-3 oleh Sepanyol dalam perlawanan pertama.