Pasukan yang beraksi dalam saingan Liga A2 Amatur, AAK Ultimate, tampil menyatakan ibarat tidak adil sekiranya Kelantan Red Warrior (KRW) dapat menyertai liga tertinggi AFL secara automatik pada musim hadapan.

Perkara itu diketengahkan Presiden AAK Ultimate, Shambri Dukor, yang menyifatkan banyak lagi pasukan dari Liga A2 Amatur mengimpikan slot untuk bermain di Liga A1 Semi Pro musim hadapan.

Mengikut rekod, slot itu sudah pun dimiliki oleh dua pasukan yang beraksi di final Piala Al-Ikhsan sebelum ini iaitu GSA Kelantan WTS.

Bagi Shambri, jika ada penarikkan diri, slot itu sepatutnya diberikan kepada pasukan yang berjaya layakkan diri ke separuh akhir atau suku akhir Piala Al-Ikhsan musim ini.

"Agak terkejut kerana AFL punyai organisasi yang perlu bermula daripada peringkat bawah bermula A3,A2 dan baru A1, secara peribadi saya rasa perkara itu wajar dibenarkan.

"Kerana banyak pasukan bermula daripada bawah dan mengimpikan untuk beraksi di Liga A1. Kami bermula daripada bawah dan cuba mencapai keinginan itu dengan cara betul serta mengikut prosedur," katanya.

Dalam pada itu, ketua jurulatih AAK Ultimate, Hasmawi Hassan, menekankan pasukan kendaliannya sentiasa bersedia jika ditawarkan untuk beraksi di Liga A1 SemiPro pada musim hadapan.

"Kami yakin cukup bersedia sekiranya dapat naik ke Liga A1 pada tahun 2025." tambahnya.