Pemain Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, yang baru sahaja menceburi kancah YouTuber menyatakan hasrat untuk bersaing bersama YouTuber nombor satu dunia, Jimmy Donaldson atau dikenali sebagai MrBeast daripada aspek jumlah pengikut di saluran itu.

Penjaring 900 gol itu kini mempunyai pengikut sebanyak 58.2 Juta sekali gus menjadi pemain bola sepak yang mengumpul jumlah Subcriber terpantas di saluran itu.

"Mr Beast adalah seorang lelaki yang saya ingin bersaing dalam dunia YouTuber, nantikan.




"Anak saya sering berkata bahawa saya adalah seorang YouTuber dan bukan lagi pemain bola sepak, apa yang saya mahukan sekarang adalah bersaing dengan Mr Beast dalam dua tahun akan datang." katanya dengan spontan dalam satu sesi podcast yang tular.

Untuk rekod, dia telah memperoleh sebanyak 55 Juta pengikut dalam tempoh dua minggu sejak membuka akaun YouTube.

Mr Beast telah mengumpul sebanyak 314 Juta pengikut dan merupakan jumlah paling ramai dalam platform itu.