Shaiful Shamsudin
Wed Nov 13 2024
Cristiano Ronaldo telah mengakui tidak boleh memikirkan terlalu jauh lagi ketika dia menghampiri usia 40-an.
Ronaldo, yang telah menyumbat gol terbanyak dalam sejarah, masih membintangi Al-Nassr di Arab Saudi dan menjadi pemain utama dalam barisan Portugal bimbingan Roberto Martinez.
Bekas bintang Real Madrid itu akan mencecah umur 40 tahun pada Februari depan walaupun kariernya tidak menunjukkan tanda-tanda akan perlahan dan sudah menjaringkan 10 gol untuk kelabnya musim ini.
Dia juga mencecah 900 gol sepanjang kerjayanya ketika merobek gawang Croatia pada September lalu dan sejak itu telah menambah dua lagi gol antarabangsa ke dalam koleksinya.
Ronaldo secara terbuka menetapkan sasarannya untuk menjaringkan 1,000 gol sebelum bersara, dan sasaran jangka pendek itu kini menjadi keutamaan dalam kariernya.
"Saya kini menjalani kehidupan dengan seadanya. Saya tidak boleh lagi berfikir terlalu jauh," katanya selepas menerima Platinum Quinas, iaitu penghormatan tertinggi daripada negaranya.
“Saya cakap nak capai 1,000 gol tapi nampaknya sekarang semuanya berjalan dengan lancar, bulan lalu ia dah capai 900.
"Ia mengenai hidup pada ketika ini, melihat bagaimana kaki saya akan bertindak balas dalam beberapa tahun akan datang.
"Jika saya sudah mencapai 1,000 gol, itu tidak mengapa tetapi andai tidak berjaya, saya sudah memahat nama sebagai pemain dengan jaringan terbanyak dalam sejarah."
Presiden FPF, Fernando Gomes, memuji Ronaldo sebagai duta untuk Portugal.
Jika azan berkumandang, Ronaldo minta henti latihan supaya pemain tunai solat, kata bekas pemain Al-Nassr
Bekas penjaga gol Al-Nassr, Waleed Abdullah, mendedahkan bahawa bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, berminat untuk mempelajari agama islam selepas menikmati kehidupan baru di Arab Saudi.
ACLE: Beraksi tanpa Ronaldo, Al-Nassr terima kekalahan pertama
Cristiano Ronaldo sekadar duduk di bangku penonton ketika pasukannya, Al-Nassr, mengalami kekalahan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila tewas 1-2 kepada kelab Qatar, Al Sadd, di Al-Awwal Park awal pagi tadi.
Cristiano Ronaldo perlu 87 gol lagi untuk capai rekod 1000 jaringan
Selepas prestasi membanggakan dalam membantu Al-Nassr mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan kelima Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) dengan dua gol hasil jaringan Cristiano Ronaldo.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Pierre-Emerick Aubameyang meledak gol kemenangan Al-Qadsiah mengatasi Al-Nassr 2-1 dalam aksi Liga Pro Saudi sekaligus menamatkan rentak 21 perlawanan tanpa kalah pasukan lawan.
Bapa saudara Cristiano Ronaldo terlibat dalam kemalangan jalan raya
Bapa saudara Cristiano Ronaldo telah dikejarkan ke hospital selepas dilanggar sebuah kereta ketika dia menaiki motosikalnya pada hari Rabu.
LaLiga: Jadi seperti Cristiano Ronaldo -- Candela beritahu Kylian Mbappe
Bekas pemenang Piala Dunia menggesa supaya Kyllian Mbappe meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi jika mahu menjadi seperti Cristiano Ronaldo di Real Madrid.
Cristiano Ronaldo beri bayangan bakal gegar internet bersama Mrbeast atau Lionel Messi di Youtube
Pemenang lima kali Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo, memberi bayangan bahawa dia akan menjemput tetamu undangan terkemuka yang bakal menggegar internet sehingga tiada siapa mampu menyanyanginya.
Messi tidak puas hati pengadil 'takut' buat keputusan
Apa yang menjadi permulaan yang cukup ideal buat Lionel Messi dan Argentina dalam aksi kelayakan Piala Duia 2026 bertukar kepada perlawanan yang perlu dilupakan.
Cristiano Ronaldo tidak letak pelan jangka masa panjang
Cristiano Ronaldo telah mengakui tidak boleh memikirkan terlalu jauh lagi ketika dia menghampiri usia 40-an.
Al-Hilal hilang sabar dengan Neymar, sasar bawa masuk Cristiano Ronaldo
Al-Hilal kelihatan sudah hilang sabar dengan Neymar
O'Neil feels Wolves players still behind him despite West Ham loss
O'Neil: Players still behind me
Soucek: West Ham players spoke with Antonio ahead of Wolves win
Soucek: Antonio in good spirits
West Ham 2-1 Wolves: Bowen gifts Lopetegui lifeline as pressure grows further on O'Neil
Report: West Ham 2-1 Wolves
Slot will not rotate at Girona as Liverpool welcome Alisson back
Slot: No Liverpool rotation planned
Inter Miami trigger Jordi Alba contract extension
Inter trigger Alba contract clause
Inter ready for Leverkusen test despite defensive absences – Inzaghi
Inzaghi: Inter ready for Bayer test
Bayern goalkeeper Neuer out for rest of year with broken rib
Manuel Neuer out for rest of 2024
Norris confident of F1 title success in 2025
Norris targeting Verstappen's crown
Ancelotti concedes Madrid playing for Champions League play-off place
Ancelotti concedes top-eight hopes
Luis Enrique still positive about PSG as Salzburg clash looms
PSG's Luis Enrique still positive