Pengurus Newcastle United, Eddie Howe, menggalakkan pemain tengah tempatan, Sean Longstaff, untuk meletakkan misi merebut tempat dalam kem England selepas menyinar di pentas Eropah.

Kerjaya pemain berusia 25 tahun itu, yang kelihatan tersekat di bawah Steve Bruce, telah digilap sejak Howe mengambil alih pada November 2021 dan dia memainkan peranan penting dalam kemenangan 4-1 ke atas Paris St Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara (UCL).

Longstaff merupakan tonggak pasukan setelah mengharungi enam perlawanan tanpa kalah dan hanya melepaskan satu gol menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke West Ham.

Dan sambil pengurus Magpies itu mengelak daripada mempengaruhi pemilihan skuad Gareth Southgate, dia menegaskan graduan akademi itu layak bermain di peringkat antarabangsa.

Howe berkata: “Saya tidak bercakap dengan Sean secara terperinci mengenai skuad England mahupun impian dan matlamatnya, tetapi saya akan menggalakkannya kerana saya fikir dia sudah cukup bagus.

“Saya fikir dia mempunyai segala-galanya bergantung kepada taktikal saya tetapi bagi kami, dia sangat sesuai memainkan peranan nombor lapan.


View this post on Instagram

A post shared by Newcastle United FC (@nufc)



“Saya gemar melihatnya menjaringkan lebih banyak gol dan kerap berada di kedudukan untuk menjaringkan gol kerana saya fikir mempunyai penyudah yang sangat baik.

"Malam tadi boleh dilihat menerusi gol yang sangat bagus jadi harapnya ada lagi jaringan yang akan menyusul daripadanya.

"Tetapi pastinya dia melakukan yang terbaik pada awal musim ini."