Hasrat England untuk menamatkan penantian julangan trofi Euro tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada Sepanyol dalam aksi final di Berlin, awal pagi tadi.

Mikel Oryazabal muncul wira kemenangan La Roja, sekali gus kembali dinobatkan juara Eropah selepas kali terakhir melakukannya pada 2012.


Di sebalik kemeriahan pasca perlawanan akhir tersebut, kelihatan kedua-dua penyokong mencetuskan pergaduhan serius di sebuah perkarangan bandar yang terletak di sekitar Jerman.

Keadaan kacau-bilau itu menyaksikan peminat daripada finalis pasukan Euro itu bertempur di jalanan usai skuad La Roja menjulang trofi kejuaraan kali keempat dalam sejarah.