Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, melepaskan jawatannya sebagai pengendali sejurus selepas tamat saingan Euro 2024, sebentar tadi.

Keputusan itu dibuat susulan kegagalannya meraih gelaran juara apabila ditewaskan oleh Sepanyol dalam perlawanan akhir 2-1 di Stadium Olimpia.

Hajat The Three Lions tersebut terus kempunan meskipun berjaya mara ke peringkat akhir kejohanan Euro dua kali berturut-turut.

"Ini merupakan satu penghormatan buat saya menguruskan England dan saya telah berusaha memberikan segalanya," katanya.