Pemain muda Real Madrid, Rodrigo, menyatakan bahawa dia hampir memilih untuk pergi ke Liverpool ketika masih berusia 16 tahun.

Bagaimanapun, dia lebih rela untuk menghabiskan pelajarannya terlebih dahulu walaupun tawaran daripada Liverpool jelas menarik minatnya.

Sejak bermain untuk kelab Real Madrid, pemain berusia 23 tahun itu telah bermain dalam 208 perlawanan dan telah menjaringkan 53 gol serta 40 bantuan jaringan.

"Saya lebih rela kekal di Santos daripada bermain di Liverpool.

"Saya hampir mewakili Liverpool pada tahun 2017, perjanjian sudah selesai dengan jumlah perpindahan RM15 Juta.

"Tetapi ia tidak berjaya kerana saya katakan tidak untuk ke kelab itu.

"Saya mahu terus kekal di Santos, mencipta sejarah, tamatkan pelajaran dan keluar walaupun tawaran dari Liverpool sangat bagus." katanya.