Selepas kekalahan minit akhir Barcelona ke atas Real Madrid dalam pertemuan El Clasico baru-baru ini, Presiden Barcelona, Joan Laporta, bertindak luahkan ketidakpuasan hatinya berkaitan prestasi pengadil.

Ini apabila Laporta menyatakan insiden percubaan dari Lamine Yamal sepatutnya diberikan sebagai gol.

Dia juga persoal kredibiliti VAR yang dilihat gagal menilai dengan betul apa yang terjadi ketika itu dan tuntut Royal Spanish Football Federation (RFEF) kemukakan segala bukti jika keputusan itu adalah tepat.




"Kami meminta RFEF untuk berikan segala video dan rakaman suara (dalam bilik VAR) tentang situasi gol Lamine yang tidak dikira.

"Selepas segalanya sudah diperiksa, pihak Barcelona akan menerima segala yang berlaku dan tidak akan ambil apa-apa tindakan undang-undang.




"Namun, jika gol itu sah, kami ingin tuntut perlawanan ulangan (menentang Real Madrid) seperti mana yang dilakukan dalam perlawanan Eropah lain disebabkan kesilapan VAR," kata Joan Laporta.