Teka-teki wajah baru skuad hoki negara akhirnya terlerai menerusi pengumuman 30 pemain yang melepasi krtieria pemilihan awal daripada 46 pelatih kebangsaan selama dua minggu -- dengan pembentukan skuad kali ini berpaksikan dengan sentuhan pemain muda dari program kempen Piala Dunia Remaja yang lalu.

Sarjit Singh menepati janji untuk meneruskan kesinambungan program remaja ke skuad utama dengan harapan untuk melahirkan generasi baru The Speedy Tigers.

Empat pemain yang beraksi dalam skuad kendalian Amin Rahim di Piala Dunia Remaja, Mughni Mohamad Kamal, Alfarico Lance Liau, Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari serta Muhamad Faris Harizan meraih kepercayaan Sarjit.

"Mereka komited dan mempunyai bakat, jadi kita perlu beri peluang.




"Semua akan mendapat peluang yang sama sekiranya komited bermain untuk pasukan," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Jalil.

Sementara itu, pengurus skuad hoki negara yang baru, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak, komited memenuhi tuntutan skop kerja selaku pengurus dan jaminan komitmen demi melahirkan persekitaran positif di bawah kepimpinan Sarjit Singh.

"Mereka adakan pertemuan dengan saya dan meminta saya untuk mengambil jawatan tersebut. Insya-Allah saya akan memberi kerjasama yang baik.

"Pemain harus berkongsi visi saya kerana saya seorang yang berdedikasi dan mempunyai target yang tinggi untuk berjaya dalam hoki," katanya.