Pemain muda hoki negara, Adam Ashraf Mohd Johari, berjaya meraih kepercayaan ketua jurulatih, Sarjit Singh selepas dipilih untuk berada dalam senarai 30 pemain terbaik ketika masih berusia 18 tahun.

Pemain kelahiran Tumpat, Kelantan itu berasakan umpama berada dalam mimpi apabila namanya tersenarai dalam persiapan kem negara dalam misi mempertahankan Kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah pada Mei depan.

Kali pertama skuad negara mencipta sejarah mencul juara buat kali pertama adalah ketika dia berada di alam persekolahan berusia 16 tahun.

"Saya mengidolakan Fitri Saari kerana ketenangan dia mengawal jentera tengah dan berpenggalaman.

"Saya akan lebih banyak belajar daripada Fitri memandangkan kini kami bermain bersama-sama dalam satu pasukan.

"Perasaan saya jika dapat bermain semestinya berasa teruja kerana bermain di tempat sendiri dan dihadapan penonton sendiri nanti.

"Saya mahu rebut tempat dalam skuad, bermain tidak semestinya mengikut saiz tetapi kebolehan." katanya.