Berbaki dua minggu lagi menuju Piala Sultan Azlan Shah, pengendali The Speedy Tigers, Sarjit Singh mengakui bahawa ia merupakan ujian pertamanya untuk mempertahankan kejuaraan tersebut.

Kem hoki negara kini berada di fasa terakhir persiapan dengan menekankan pemahaman taktikal yang dilakukan oleh pihak jurulatih.

Sarjit akan mengumumkan barisan akhir 18 pemain selepas dua aksi persahabatan di Ipoh, Perak selepas menilai proses akhir kesemua 30 pemain.

Dia turut memberi bayangan bahawa empat pemain senior seperti Fitri Saari serta Marhan Jalil akan diberikan mandat sebagai ketua pasukan demi meneruskan didikan terhadap kelompok besar pemain muda.

"Semua pemain perlu bersaing demi mendapatkan tempat di pasukan kebangsaan kerana kita perlu memilih dari 30 pemain kepada 18 pemain," katanya.