Kelab Arab Saudi, Al-Ahli, mengesahkan berhasil memujuk bekas penyerang Liverpool, Roberto Firmino.

Pemain berusia 31 tahun itu meninggalkan Anfield sebaik kontraknya tamat selepas menyertai The Reds daripada Hoffenheim pada 2015.

Dia akan menyusuli langkah bekas penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy, yang turut menyertai pasukan Liga Profesional Saudi itu bulan lalu.

Firmino membentuk trio serangan berbisa di samping Mohamed Salah dan Sadio Mane dan sepanjang lapan tahun di Liverpool, pemain Brazil itu telah memenangi Liga Juara-Juara (EPL), Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA, Piala Liga Inggeris (EFL) dan Piala Dunia Kelab.

Dia bukan satu-satunya pemain yang meninggalkan The Reds musim panas ini berikutan James Milner, Alex Oxlade-Chamberlain dan Naby Keita turut bertindak mencari angin baru pada akhir perjanjian mereka.